KUCHING : Isnin, 9 Dis 2024
Bajet Pembangunan Sarawak 2025 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM1.31 billion kepada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan. Ianya adalah menandakan kenaikan 64% berbanding RM799.52 juta pada tahun 2024
Kenaikan ini adalah refleksi kepada komitment kerajaan mempastikan infrastruktur Sarawak adalah kelas dunia, mampan dan inklusif bagi tujuan menpercepatkan pembangunan jalan, jambatan dan fasiliti terutama di luar bandar agar semua rakyat Sarawak terlibat dan mendapat hasil dari kemajuan Sarawak.
Terima kasih dan syabas serta tahniah kepada Kementerian dan seluruh wargakerja JKR Sarawak diatas kerja kuat dan prestası tinggi dalam membantu menjayakan projek kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak dengan profesional dan berkesan
Beliau amat menyokong diatas usaha JKR Sarawak kearah teknologi baharu Building Information Moulding (BIM) yang berkonsepkan
pembinaan lestari dan dapat memantau keadaan sekeliling dalam pembinaan dan jalanraya.
Selain daripada projek-projek yang sedang dilakanakan, beliau minta JKR Sarawak membantu mencadang dan membangun projek mega menjelang tahun 2033 iaitu Pelabuhan Laut Dalam baharu dan Lapangan Terbang baharu di Kuching
Premier Sarawak menyatakan demikian ketika menyampai amanat senpena Makan Malam Gala JKR Sarawak dihadiri seramai 350 org pegawai JKR seluruh Sarawak bertempat di sebuah hotel di Kuching
Manakala di akhir majlis, Premier Sarawak melancarkan simbolik BIM Jabatan Kerja Raya Sarawak dan menyasikan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) JKR Sarawak dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC)
Turut berucap adalah,
Dr Cassidy ak Morris, Pengarah JKR Sarawak.
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Saeawak, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan
Turut hadir adalah, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dab Pembangunan Wilayah, YB Datuk Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Perlabuhan dan dif-dif kenamaan lain.